theBRAVEheart

"Don't walk in front of me, I may not follow;
Don't walk behind me, I may not lead;
Walk beside me, and just be my friend."

Sunday, October 10, 2010

tak ingat~~

Pada suatu hari, ada seorang pemuda bekerja di sebuah syarikat...

Keesokan harinya, dier pergi ker office untuk bekerja...

Dier punya office kat tingkat 15...

Dier naik lif untuk pergi ker officenyer, bila tiba jer kat tingkat 15, seorang lelaki berkata

"Man, kau nyer isteri mengandung!!!"

Dier pown terkejut beruk dan terus terjun dari tingkap, sampai d tingkat ker 13,

dier pown teringat bahawa isterinya belum mengandung...

Sampai d tingkat 5, dier pun teringat lagi bahawa dier tidak pernah pown berkahwin...

Sampai d tingkat 3, dier pown teringat bahawa namanyer bukan nyer Man....

Akhirnya dier mati...

result..

hari kluar kputusan spm,ahmad pergi ke sekolah untuk mgambil result spm nyer d sebelah ptg,kerana xmau berjumpa dgn mmber2 lama dan xmau bgtau result pd mmber nyer.. setelah pulang dri sekolah ahmad pon terpikir mcm mna nk bg alasan kat mak dier apasal result nyer teruk, jd ahmad dapat 1 idea...

sampai nyer d rumah

emak ahmad: mna result ahmad,bg mak tgok

dgn muka yg selamba ahmad bg slip result nyer

emak ahmad: apasal result ko suma D,E jer... ko blaja aper kat sekolah

ahmad: ahmad blaja la kat sekolah,cuma silap ahmad sb pergi ambil result sebelah ptg jer... A,B semua da habis sb mmber2 yg g ambil result sebalah pg ambil byk sgt,smpai 10A sorang.jd ahmad yg g ambil sblah ptg nie xde la A, ada D ckit2 pon da ok,mmber ahmad yg lewat dtg dri ahmad da sumer E.....hurm..

mak ahmad: hah......

kirimkan berita dgn segera!!

Seeorang wartawan telah pergi ke sebuah pusat peranginan

untuk berehat..Setelah dua hari berada di pulau itu, tiba-tiba

berlaku kejadian yang tak diduganya iaitu tempat itu telah

dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah..dan beberapa

lagi cedera parah..

Petang itu..Pengarang Akhbar tempat dia bekerja teringat yang

wartawan itu berada di pulau tersebut telah menelefon dan

menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk

disiarkan di dakam akhbarnya..

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar..

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan

surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa

pengeboman tersebut..Akhirnya Pengarang Akhbar itu

menerima surat balasan dari si wartawan..bunyinya...







"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT".............

jom main teka teki!!

1.dalam byk-byk kenderaan, kenderaan ape yg ade 9 pemandu dan 1 penumpang?

2.binatang ape mcm gajah tapi die kecik? nk kate tapir pon bukan.

3.ade satu jambatan nie, jambatan nie kuat sekali, gajah lalu ok, semut lalu je hancor jambatan tu. nape?

4.dlm byk2 lubang kat badan, lubang ape yg org x jolok?

5.haiwan ape yg mengejar xde kaki, yg dikejar x berlari?



soalan yg k lima tu paling susah, klau dpt jawab mmg pandai la die...

pasnie dh x yah beli nasi ayam je...sbb dh reti wat sendiri... NYUM NYUM NYUM!!!

Nasi Ayam

NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau dan masak.
*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.

AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci
kicap manis 3 sudu besar
serai 3-4 batang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu)
2) Goreng ayam

SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam
* Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...

menu nie pasti buat anda terlius!!! hahaha

Kerabu Mangga Muda

Bahan-Bahan

10 biji mangga muda - dicincang halus memanjang
2 biji kelapa parut - digoreng dan dikisar kasar
200gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
100gm udang kering - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dihiris
50gm cili padi - dihiris halus
Secukup rasa gula, sos ikan & garam.

Cara menyediakannya

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan kesemua sehingga sebati.

menu nie mcm best je...jom try!! Ketam Goreng Taucu

Bahan-Bahannya:
Ketam...(ini dah tentulah)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering yang siap dikisar
Kicap manis Kipas Udang
Oyster Sauce
Tauchu
Sedikit lada hitam yang ditumbuk halus
Tomota Sauce
Sedikit gula, Air, Garam

Cara-Caranya.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Biarkan sehingga cili betul-betul garing.
Setelah bahan-bahan di atas garing masukkan Tauchu (lebih kurang 2-3 sudu bergantung kepada berapa ekor ketam - tidak boleh terlalu banyak juga sebab tauchu ni telah sedianya masin) , kicap manis kipas udang , oyster sauce , tomato sauce , sedikit lada hitam , gula , sedikit air dan garam secukup rasa.

Masukkan ketam dan gaulkan sehingga sebati . Tutupkan kuali semasa menunggu ketam masak supaya sos kita tidak kering dan hangus.

Cubalah....

P/S Tips : Halia tidak digunakan kerana penggunaannya akan menghilangkan rasa isi ketam.